+€m@n !tu $@h@b@+

Saturday, August 20, 2011

PENGALAMAN BARU AKU


PENGALAMAN BARU AKU

 Sudah hampir 7 bulan aku berkhidmat sebagai seorang guru, dalam tempoh yg begitu singkat itu, talah banyak pengalaman yang aku lalui. Tidak dapat pula dibayangkan 30 tahun akan datang adakah aku masih mampu untuk menulis warkah di blog ini...

Antara pengalaman yang aku ingin kongsikan bersama kalian ialah:
1. Duduk Umah sewa hehhehee
 sebelum ni aku duk umah mak bapak aku je....pastu duk asrama x kena keluar sampai sem akhir...dah posting ni baru la merasa duk umah sewa.....sebenarnya lain juga bila duk umah sewa sebab umah ni bukan umah kita sendri....so kena la tolak ansur dan saling memahami antara housmate yang len.....

2. Dapat gaji
wooohhh ini semestinyer part yang paling syok...bila dah kerja mesti dapat gaji...bila dapat gaji baru la merasa betapa nikmatnye atas segala yang kita usahakan...bila aku dah dapat gaji....perkara pertama ialah balas jasa ibubapa.....walaupun semua mak bapak x mintak dan mmg kita takan dapat balas jasa dorang sekalipun walau segunung emas kita berikan....kita tetap hulurkan pada mereka.....tips tuk jd anak soleh

3. Hadap karenah murid.
hmmm dalam satu kelas aku tuh ada 30 org murid....tu baru satu kelas...aku ajar 3,4 kelas....setiap kelas muridnya berbeza...x sama sekali hatta apa pun.....seribu satu macam karenah kena hadap tiap tiap hari.....ada yg boleh sabar, ada yang makan nasihat, ada yg x bleh sabar grrrr .....iman kena kuat......dalam kelas aku selalu baca auzubillah...wat halau setan lau aku marah...sabo je la....

4. ajar subjek yg bukan bidang aku
ni semestinyer pengalaman yg mmg aku anggap sebagai lebih berharga dari emas dan perak.....kamu semua bayangkan lah aku ni major math dan pj.....pastu kena ajar bm , moral, bi, muzik, lukisan.....wahhh mmg superb .....aku belajar ape yg aku x belajar di tempat pengajian dlu.....dalam bab ni aku lebih byk bertanya....
daripada aku wat ikut pala aku sendri...nnt sesat plak jadinya...nauzubillah

5.aku masih single....
wahhhhhh xda kaitan.....tukar topik lain ye

6. rancangan jangka panjang...
bila ada duit ni aku xleh enjoy suke ati....walaupun boleh la sgt...macam2 aku pikir...duit nk kawin...duit nk beli kete...duit nk beli umah.....ye la masa bujang ni aku dah pikir kan...hahah lau dh kwin nnt bru terurus....tp bkn mudah beb.....mmg kena tnye..master mahaguru aku ialah bapak aku sendri

7.dah xda idea....
aku nk luahkan je ape yg aku asa nk tulis....kalau kamu sume paham bagus la..kalau x paham...tnye jgn malu2 sebab cikgu x makan org yg bertanye ( ayat lazim dalam kelas)

8. harapan
aku berharap sgt aku dpt mengajar dan menyampaikan ilmu ALLAH dengan sebaik mungkin......kerana memberitahu seseorang yang tidak tahu sehingga dia tahu adalah jihad di jalan ALLAH.....aku berharap sgt murid2 aku berjaya dan menjadi orang

9.harapan guru lama
bile aku citer bab 8 tuh......aku rasa bangga bile jumpa guru2 lama.....dorg ckp....alhamdulillah anak murid cikgu dah jadi org rupanya....tanpa tunjuk ajar guru2 aku yang lama....tak mungkin aku sendrii berdiri sebagai guru....

Thursday, July 7, 2011

ISTERI YANG BOLEH BUAT SUAMI HILANG AKAL....ELAKKAN LAH~~~~

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Fahrin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."


DAN AKHIR SEKALI


25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

Wednesday, July 6, 2011

ciri-ciri perempuan yang aku suka

sebelum meneruskan tinta bicara, aku tau bukan mudah tuk aku dapatkan apa yang aku nak.....aku anggap ini sekadar perkongsian sahaja......bukannya betul2....sememangnya mustahil tuk dapatkan yang perfect sebab nobody is perfect....

sebenarnya sudah lama aku pendamkan hasrat ini...hari ini aku nk luahkan....
ciri -ciri perempuan yang aku suka....

1. sederhana - not over in dressing and make up
2.beragama - of cos la ISLAM
3. tidak tinggal solat -  Sebab solat tiang agama
4. boleh dibawa berbincang - tolak ansur, leh runding
5. sedap mata memandang -  bila balik umah nnt muka sape nk tgk, mesti ar muka ister takan tgk dinding plak hahahhaa
6. tidak materialistik- keduniaan sgt
7. tidak bermegah dgn harta yang ada
8. hormat ibu bapanya
9. kasihkan haiwan - especially kucing sbb aku pun suka kucing
10. sanggup hidup susah senang bersama - tidak merungut jika berada dalam keadaan paling sukar\

agak mustahil tuk aku dapat ciri-ciri sperti di atas....so aku kene la betulkan diri aku ni baik2....nk jadi pemimpin bukan senang....so pen pemimpin perlu la tolong dalam membina kerukunan rumah tangga....

Hidup ini banyak cabaran

tentang apa yang aku hendak post kan hari ini ialah kesedaran aku untuk mengambil cabaran yang ada dalam dunia ini tidak terlalu mudah.....

bagaimanakah aku hendak menghadapi cabaran yang dialami sekarang?

perlukah kita bersikap hipokrit?

perlukah kita bersikap talam dua muka?

perlukah kita bermuka-muka?

masing2 ada periuk nasi masing2.....kita kena jaga periuk nasi kita supaya tiada siapa yang boleh mencampakkan pasir ke dalamnya?

sangat beratkan....tentunya bukan mudah.....

kita sebenarnya sendiri di dalam dunia ini.....bagi aku sahabat dan kawan itu hanya teman seketika.....hanya 1 percent sahaja dari realiti....99% kita berhadapan diri kita sendiri.....

pada aku apa yang terjadi ada sebabnya.......aku buat cara aku....aku jelas dengan prinsip aku.....supaya aku tidak mudah dipijak oleh orang lain.....

kadang-kadang hidup kita indah sangat.....kadang-kadang hidup kita teruk sangat....kedua-dua keadaan ini adalah nikmat dan hikmat pada diri kita sendiri.....

semuanya bergantung pada diri kita sendiri.....tiada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan kita,.....aku lebih suka meminta pandangan dan cadangan .....baik buruk sesuatu itu.....bukan nya aku mengikut keputusan orang lain....

Sunday, July 3, 2011

Kenapa aku masih single?



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

ADAKAH KITA SEORANG YANG MATANG...???



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Wednesday, June 29, 2011

TAHNIAH KUMPULAN SRI PELANGI


kali pertama aku sebagai guru pengiring....mengiring kumpulan tarian sekolah.....walaupun tugasku sekadar menjaga keselamatan anak2 bukan nya sebagai kareografer tarian....

yang membanggakan aku ialah kumpulan kami telah berjaya mendapat tempat ke 3 seluruh negeri Johor selain memenangi susunan muzik terbaik.....wowww

tahniah sekali lagi anak2 sk pelangi


Sunday, February 13, 2011

Sebagai Guru Baru

hohohoho...jgn takut......tengok pun aku dah seram

Tugas aku di sekolah SK Taman Pelangi JB ialah mengajar dan mendidik. Di samping itu juga aku telah dilantik menjadi guru kelas bagi tahun 5. wahhh bile dengar jadi guru kelas ni aku dah rasa cuak je...yela guru keals ni bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak murid di kelas itu terjaga kebajikan, pening demam dia, ada masalah ke tak...tu semua kene tengok...kene check kehadiran hari2.....

Pengalaman aku yang pertama jadi guru kelas ni aku dah berdepan satu kes....ada sorang murid aku dh tak datang seminggu...bila aku refer pada guru kelas lama...dia ade citer tang masalah budak ini...tindakan yang aku cuba lakukan ialah aku rujuk masalah ni pada GPK HEM.....ye la aku kan cikgu baru....dulu mase belajar xde plak blajar cara menangani pelajar ponteng...so kene ikut kebijaksanaan cikgu untuk menyelesaikannya....HEM suh aku tipon ayh budak A tu....nasib baik pada register buku kehadiran ada no tipon budak tu....aku tipon beberapa kali x angkat....wahhhh!!! mmg masalah ini.....so aku tnggu hari isnin ni...lau dia x dtg jugak aku kene wat tindakan mandatori.....heheheh  PERGI TERJAH~~~~umah dia...


ye...terjah untuk suatu kepastian

 
Pengalaman kedua yang aku perolehi- aku jadi pembantu guru data sekarang...dlm pada masa yang sama..aku kene belajar hal2 yang berkaitan guru data skang...pada mulanya memang aku macam x suka la keje banyak2 nih...tapi aku amik itu sebagai motivasi...apa salahnya aku belajar sesuatu yang baru....ye la...sepanjang lima taun kt ipg xde plak aku belajar HOW TO  become guru data....how to add, subtract, multiply ngn divide ade r......so ilmu baru ini aku belajar dgn hati yang terbuka...hohohho banyak yang aku tanya pada cikgu2 nih. Apa yang ptt aku buat...apa yang perlu aku buka....macam2 la...bila aku fikir2 kan keje ini mungkin boleh mengisi masa aku dari terbuang begitu sahaja.....sangat manfaat beb~~

semoga aku success dalam setiap yang aku lakukan

 
 Pengalaman yang ketiga- aku kene mengajar menda yang paling aku tak minat......korang mesti biasa mendengar istilah....kadang2 kita dapat apa yang kita taknak...itu situasi aku skang.....tapi hidup kita kene positif kan....so aku terima itu sebgai cabaran aku....berjaya atau tak tu no dua...yang penting skang aku cuba wat yang terbaek...sehabes baik....cuba sedaya upaya aku.....seperti kata pepatah..untung sabut timbul...untung batu tenggelam.... 

Hope sangat2 bantuan dari guru di situ.....sebab perkara yang aku tak sukaa ialah mengajar English......mungkin sebab aku sendri tak minat english dari dulu......so this time i will improves myself so that i can prove it whether i can do or not.....chaiyolkkk


gambatttttttttttttteeeeeeeeeeeee..........

p/s: sebarang cadangan dan teguran kamu semua amat saya hargai....kita same2 share ilmu.sebab aku bukan seorang yang perfect 
-wahh aku ade idea nk post something la heheheh.....=)



Sunday, February 6, 2011

kenapa ek??

aku tau manusia ni di jadikan pelbagai ragam....sampai kadang2 aku tak paham....apa sebenarnya yang dia mau....

aku tau bukan semua kemahuan dia boleh aku penuhi....kerana aku ni bukan nya kaya sangat sampai nak beli harta satu semesta..tapi tu lah yang buat aku tak paham....jgn2 korang yang baca ni pun tak paham...aku lagi la x paham hahahahhahaa

walau apapun aku akan hadapi dengan sabar...lau x sabar bleh kene tempeling kang hahah garang nya aku.....xnk garang2..nnt org kata aku cm singa plak...ish ish ish~~~~

kenapa setiap yang berlaku tu kita tak tau kesudahannya? wahh soalan high level marketing aku bagi ni....hohoho
kadang2 kita dpat yang baik ...setiap yang kita rancang tu smooth je..mksd nye lancar je....
kadang2 plak kita dapat susah nak wat...ade je halangan ...ade je musibah....
org tua2 selalu pesan...ape yg berlaku tu ade hikmah nye....tapi kita tak tau hikmah ape kita dapat....?  Ya ALLAH besar sungguh nikmat yang ENGKAU berikan pada setiap hamba MU....
 dan Kadang2 kan...ALLAH gantikan ape yang kita x dapat tu dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih elok kesudahannya....
apekah yang berlaku semasa kita x dapat ape yang kita nak pada waktu lepas??? adakah itu ujian? dugaan? cobaan.........

testing .....testing.....


aku nak tunjukkan contoh untuk diri aku sendiri.....
aku nak sesuatu tapi aku tak dapat...so aku kene kerja keras untuk mendapatkannya...mungkin aku tak dapat ape yang aku minta sebab itu bukan yang ditakdirkan untuk aku...aku kene percaya bahwa ade yang lebih baik untuk diri aku...tetapi untuk mendapatkan yang lebih baik...aku x boleh la stay at the same point...aku kene move to another point...mksd nya aku kene perbaiki diri aku.........untuk aku melayakkan mendapat yang lebih baik...begitu susah untuk berubah tapi itu bukan sesuatu yang mustahil....