+€m@n !tu $@h@b@+

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT TINGGAL IPRM

Pada Detik tanggal  9 november 2010 aku telah berjaya menamatkan paper terakhir pada semester terakhir di tahun terakhir......pada detik ini aku rasa macam tak percaya aku telah menempuh perjalanan sepanjang 5 tahun untuk bergelar seorang guru.

Pada Detik ini berakhirnya detik ini bukan bererti perjalanan ku sudah tamat tetapi perjalanan yang sebenar baru sahaja bermula, pada detik ini aku melangkah satu langkah ke hadapan untuk menempuh langkah yang tidak tahu cabaran dan dugaan yang mendatang.

Pada Detik ini Rasa Sedih dan pilu menguasai diri aku, aku menatap wajah2 rakan2 dari unit Math 2, Math 1, PJ, BC dan BT....sepanjang 5 tahun setengah aku bersama mereka terasa seperti semalam baru berjumpa dan menegur sapa.

Pada Detik ini terasa juga diri aku seperti berada di awangan terimbau detik manis, pahit, masam dan segala macam rasa dalam dunia ini sepanjang aku bersama kalian...

Pada Detik ini juga masa yang lepas mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang bakal mendidik masa depan anak2 Malaysia.......

Pada detik ini juga penantian yang sering ku luahkan 5 tahun dulu bahawa masa yg akan aku tempuh seperti jurusan doktor ini telah berakhir......

Pada Detik 15 November 2010 aku melangkah keluar dari Institut Perguruan Raja Melewar bersama seribu cita2 seribu impian dan sejuta harapan bahawa apa yang akan aku tempuhi di luar itu pasti aku dapat harungi dengan tabah.....

Pada detik ini ku menanti penuh debar menunggu tempat untuk aku dipostingkan ditempatkan dan dicampakkan untuk aku mencurah ilmu dan keringat

Pada detik ini juga aku perlu redha dan terima andai sehulu mana aku dibawa sedalam mana hutan belantara perlu aku teroka demi memberi anak2 masa depan yang dahagakan ilmu dan nasihat.

Pada detik ini juga aku menanti penuh impian untuk membina sebuah keluarga yang bahagia..........

Pada detik ini.....Selamat Tinggal IPRM

pada detik ini....Terima Kasih Para Guruku

pada detik ini...........segalanya bermula............

0 comments:

Post a Comment