+€m@n !tu $@h@b@+

Friday, August 14, 2009

Hilangnya satu permata nasyid Negara...alFatihah

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Saya pernah terserempak dengan Arwah dalam LRT dari Kepong ke KL beberapa tahun baru. Ternyata bibir arwah tidak pernah terlepas dengan senyuman.

Kali terakhir melihat Arwah Ustaz Asri Rabbani di TV pula di rancangan melodi ketika beliau berjaya membuat konsert yang menarik puluhan ribu penonton ketika konsert bersama Hijjaz, Raihan dan kumpulan nasyid dari negara Arab.

Berikut pula adalah catatan terakhir arwah dalam blog beliau http://asrirabbani.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment