+€m@n !tu $@h@b@+

Wednesday, October 13, 2010

kisah lelaki EGO

Subject: lelaki ego
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

* Melalui kisah ni sy nk tnyer ape sbnrnyer yg diinginkan seorg lelaki apabila die memilih pmpn itu mjd kekasih die..sekadar melampiaskan nfsu yg pasti tidak halal atau sbnar2nyer ingin mencari calon isteri yg bnar2 dpt menjaga die seumur hidop die...??sy nk anda jwb...

Friday, September 17, 2010

Doa Ziarah Hari Raya

Di sini aku nak kongsi tentang doa semasa kita menziarahi rakan-rakan, sedara-mara, semasa hari raya...elok diamalkan

دعا زيارة هاريراي


الحمد الله رب العلمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف المرسلين وعلى اله وصحبح اجمعين اَللَّهُمَّ يَا محَُوِلَ الاَحوَال ياَكَرِيمُ يَا مُتَاعَل بِجُودِكَ وَكَرَمِكَ حَوِّل اَحوَالَناَ اِلَى اَحسَنِ اَحوَال وَباَرِك لَناَ وَلِجَمِيعِ المُسلِمِينَ بِبَرَ كَتِ شَهرِ شَوَال اَللهَّمَ يَاحَيرَ() المَسؤُلِينَ اِستَجِب دُعَاءَنَا وَاَعِد عَلَينَا هَذاَ الشَّهرَ سِنِينَابَعدَ سِنِينِ وَاَعوَاماً بَعدَ اَعوَام وَباَرِك لِصَاحِبِ هَذَا البَيتِ ..... وَطَوِّل عُمرَهُ مَعَ اِلايمَان وَارذُقهُ مِنَ الحَلاَل وَجَنِّبهُ عَنِ الحَرَام بِرَحمَتِكَ يا ارحم الرحمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العلمين
 
 
“Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekelian alam. Rahmat
dan sejahtera keatas junjungan kami Nabi Muhammad semulia-mulia
rasul dan juga atas sekelian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
 
Ya Allah 
Wahai Tuhan yang mentadbir seluruh keadaan, Tuhan yang Maha
Pemurah dan Maha Agung, dengan limpah kemurahanMu tukarkanlah
apa kiranya keadaan kami ini kepada sebaik-baik keadaan. Berkatilah
kami dan sekelian kaum muslimin dengan sempena Syawal ini. 
 
Ya Allah
Tuhan yang Dialah sebaik-baik tempat dihadapkan permohonan,
perkenankanlah doa kami ini dan kurniakanlah lagi peluang menemui
Syawal ditahun-tahun yang akan datang, dan berkatilah tuan rumah ini
…………………..(nama tuan rumah) serta lanjutkan umurnya dalam
iman, kurniakanlah kepadanya rezeki yang halal dan selisihkanlah
daripadanya rezeki yang haram, berkat limpah rahmat Mu jua ya Allah
tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat. 
 
Cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan sekelian
keluarga dan sahabat-sahabt baginda. 
Segala pujian itu bagi Allah tuhan
pentadbir seluruh alam. 
 
Amin

Tuesday, August 31, 2010

 !! MERDEKA !!

 
TANGGAL 31 OGOS 2010

SEMOGA KITA 

MERDEKA DIRI
MERDEKA JIWA
MERDEKA MINDA
MERDEKA DOSA
  
...SALAM HARI MERDEKA...


Monday, August 30, 2010

Wali Band - Yank (HQ)

Video ni aku suka bangat....ceh macam indon pulak...so aku nak share ngan korang.....enjoy key.....nak sangat karok lagu nih..tapi xde dalam list plak....hohohoh

Wali Band - Yank

C#er!+@ +en+ang d!@......^-^

sebelum ini aku sering terfikir bagaimana rasanya sebagai seorang sahabat,

cmne ek cmne ek...macam itu la otak aku berputa mencari jawapan.....

selepas itu aku sudah ada beberapa orang mr-mr sahabat ...sangat2 bertuah kerana bersahabat dengan mereka.....thnks mr sahabat ku....



tapi pada masa ini aku nak bercerita tentang seorang ag ...tp dia miss sahabat aku ....
mungkin pelik kerana aku ada sahabat perempuan....ya, jangan pelik kerana aku nak cerita tentang sahabat perempuan aku tapi secara jujur aku sayang dia sebagai miss sahabat aku...

kehadiran dia bukan la macam cerita korea yang ntah ape2 ntah...aku pelik bin ajaib sangat ape kes dorang suke sangat ngn cite korea tuh....dari cite ke cite yg len jalan cite dia sme je...ending nya x hero/heroin dia mati or dorg kawin.....tettttt
(jgn marah aku ye wahai peminat korea)



berbalik pada miss sahabat sy....dia seorang yang simple dan
walau pun belajar di tempat yang berlainan tapi kitorang still contact dan salng berhubung.....

satu hari aku mmg hangin dengan masalah yg aku hadapi mse tuh( citer bab maslaah aku tu xyah la aku citer kan) , aku dah geram sangat sampai aku nak tumbuk dinding depan aku....

masa yg sama plak dandan je miss sahabat aku ni msg aku....

"awk ok k x?"dia bertnye ngn nada risau...

"sy x ok....."aku menjawab acuh x acuh je

aku terus call dia dan lepaskan segala marah aku, miss sahabat aku ni diam je.,..layan je aku marah kt dia....pastu bile dah lepas sume bru aku pikir...yg aku mrh dia watpe..padahal dh lega dah... nk tau dia jwab apa?

" key skang ni awk istighfar byk2....afiz, sy nk awk pg bilik air...pg amik wuduk skarang...pegi2..."dgn garang dia mengarahkn aku

amboi..miss shbt aku ni mrh aku plak...aku tau wuduk tu leh tenangkan hati yg marah, tapi mse nga mrh ape leh pikir...mmg geram yang amat hal masalah aku tu..

aku pun g la amik wuduk...mmg berkesan pun, serta merta je cool balik...so korang kalu marah2 sal awek k, ape sahaja cepat2 la amik wuduk...mustajab .dan makbul....

lepas dah tenang tu...aku call dia balik...ckp dh okey dah...cakap dah macho...pastu dia cakap dia takut gak mse dgr aku mrh tu...hehehe....
tapi sebab miss sahabat aku ni ade di sisi aku...aku x buat keje bodoh dan gila (mencederakan diri sendri..lau sorang mmg aku wat betul) huhuh
tahniah pada miss sahabat aku yang pandai dia mengawal keadaan aku.....dia kawal gune phone je..buka pakai remote control..aku mmg suka cara dia....

kat blog yang tak ramai orang baca ini....aku sangat berbesar hati dan bersyukur sebab mengenali diri kau miss sahabat....dan baru aku sedar begitu berharga nilai seorang sahabat.....bru sikit je aku citer......
 TERIMA KASIH
kepada Saidatul Rashidah Bte Abd Latif


Kepada Wanita yang Aku Kasihi......


Lelaki di akhir zaman ini


Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniPayah untuk kutemuiYang benar-benar sibukdengan urusan baiki diriYang ada kini hanyaSibuk dengan urusan mengumpul duniaWalau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniSusah untuk kutemuiYang benar-benar takut pada IlahiSentiasa mendambakan kasih IlahiYang ada hanya mengharapkan kasih insaniYang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniSukar untuk kutemuiAhli profesional yang bertaqwaYang benar-benar meletakkan Islam dijiwaMenggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sanaYang ada hanya ahli profesional yang lalai dan lekaYang hidupnya lebih berat dari baratIbadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniPayah untuk kutemuiYang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaatYang sanggup bersusah dan penatDalam mengejar dan memahami ilmu yang berkatYang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang adaTapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniSusah untuk kutemuiYang suka berbincang tentang ilmu akhiratSyahid yang sentiasa menjadi matlamatMensyiarkan Islam dan menjunjung syariatYang ada cuma menghidupkan sunnah baratDan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..Lelaki di akhir zaman iniSukar untuk kutemuiYang sentiasa bermunajat dan berzikirSentiasa bertafakkur dan berfikirSunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..pasti masih ada lagiLelaki di akhir zaman iniSeperti yang kufikir..

sekadar peringatan dan tazkirah diri,
sama2 merenung kekhilafan diri kita..
RAMADHAN KAREEM!

Sudi Jadi Isteri Kedua Saya ?......


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya – "
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan," jawab Fikri.

***
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

PETUA BERGUNA UNTUK DAPAT PASANGAN

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayangterhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan andaakan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untukbertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlusentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapanpertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untukmenawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputikpada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasabersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkanhubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayangdan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran inisecara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakanhasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalanwalaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopanterhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuankepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baruberkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasanganrasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepadabakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yangmenyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaanbenci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benciatau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalandengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiappemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberiperhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, oranglelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yangada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakalpasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan danada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan MEMBOSANKAN. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yanganda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelakibentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu samalain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadapsesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang samamengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentukciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciritersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan andaakan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah,harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantumengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinandirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakalpasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diridaripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yangmenarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebihbermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akantertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujianyang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaanbakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda.Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat diarasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hatiyang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopansantun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai danperibadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dansentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daribertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepadafakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela danmemasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkasdan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat.


sumber:http://www.fadzilahkamsah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=46&Itemid=50 (20 Ogos 2010;7:33am)