+€m@n !tu $@h@b@+

Monday, August 30, 2010

Sudi Jadi Isteri Kedua Saya ?......


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya – "
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yangsemudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan," jawab Fikri.

***
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

PETUA BERGUNA UNTUK DAPAT PASANGAN

1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat,beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayangterhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan andaakan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untukbertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlusentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapanpertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untukmenawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputikpada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasabersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkanhubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayangdan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran inisecara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakanhasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalanwalaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopanterhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuankepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baruberkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasanganrasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepadabakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain danseronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yangmenyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaanbenci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benciatau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalandengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple,tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiappemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberiperhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, oranglelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yangada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakalpasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan danada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan MEMBOSANKAN. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yanganda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelakibentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan,sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu samalain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadapsesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih,terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang samamengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan,pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentukciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciritersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan andaakan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah,harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantumengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinandirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakalpasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diridaripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yangmenarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebihbermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akantertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujianyang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular,sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaanbakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengansenyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda.Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat diarasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hatiyang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopansantun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai danperibadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dansentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daribertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar,bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepadafakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela danmemasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkasdan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat.


sumber:http://www.fadzilahkamsah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=46&Itemid=50 (20 Ogos 2010;7:33am)

Saturday, August 28, 2010

pertama kali

wahhhh sedap kan, haaha...ni aku nak bagitau. Hari ini merupakan hari pertama dalam hidup aku bersahur dengan maggi, disebabkan masalah teknikal pembelian lauk dan kemalasan yang melampau, kumpulan kami bermenu maggi di pagi yang indah ini. Di tambah pula dengan kesejukan hujan turun agak lebat membuatkan maggi di makan sungguh menyelerakan...nyum nyum nyum

Bila dah berkumpul tu macam biasa la borak-borak ...nasib baik sedar waktu imsak makin menyusul tiba...agak kenyang dan mungkin akan lapar balik bila makan maggi ni....

so jangan amalkan selalu ye...merbahaya untuk kesihatan

Aku dalam Realiti

hari ini aku nk bercerita ttg seorang gembala kambing yang malang....

pada satu masa dahulu ade sorng gembala kambing yang sgt miskin.....kerjanya dah tentu la jaga kambing takan jaga lembu kut...wakakaka
satu hari seorang puteri telah pergi memburu mengikut raja (bapak dia la)
nak dijadikan crita....puteri ni pun tersesat......hari makin ptg..keadaan hutan kian gelap....puteri td terpinga-pinga sendirian mengikut gerak hati dan sanubari untuk mencari jalan pulang....sambil tu puteri tadi menyanyikan lagu amuk AKU MAU PULANG......

"gelap malam pasti terang sang mentari pasti datang, kesesatan perjalanan rahmat tuhan menentukan......"

 sedang dia berjalan tetiba dia terdengar suara.....jeng jeng jeng....suare sekor kambing...mbek mbek mbek....puteri ni pun mengikut arah suare tu dan akhirnya tiba di satu padang rumput yang luas...terdapat kawanan kambing sedang enak meragut rumput yg segar2 belaka.......di tgh2 kwanan kambing itu, sang puteri telah ternampak gembala kambing yang sedang manghayun rotan untuk mendenda kambing yg degil dan tak dgr cakap.......sang puteri pun bersuare dgn merdu
" jangan dipukul kambing itu wahai awak"

.....terkaget sebentar si pemuda itu mendengar suare yang enak enak merdu bak buluh perindu ....mencari-cari si pemuda itu akan pemilik asli bukan nya cetak rompak suara itu......sambil itu dia terfikir....

"adakah aku sudah gila....tidak bisa membedakan suara kambing ngn suara gadis...."

..sambil mengaruk garuk kepalanya yg tidak gatal...saja buat2 gatal kerana kehairanan yang melampau

"di sini la awk" getus suara merdu itu lagi....


tertoleh sahaja kepala gembala itu ke belakang.....terkedu terkesima dan ter ter ter...ag....melihat wajah anggun ayu jelita puteri...tapi tetttttttt telah comot dipalit lumpur dan bju koyak rabak......kerana kasihan ...gembala itu membawa puteri tadi ke rumah makcik jiran sebelah dia......untuk menumpang teduh dan belas kasihan...

( takan nak tinggal bersama dia kut....mampuih kalau kena tangkap basah oleh pasukan anti maksiat kampung pening lalat tempat dia berkhidmat)

sementara itu........(bersambung)

Saturday, August 21, 2010

SELAMAT KEMBALI

aku tujukan selamat kembali pada diri aku sebenarnya...ialah dah lama aku berhenti dari menulis blog ni. Dulu aku tulis blog ni suka-suka je, tuk isi masa lapang...tapi disebabkan banyak halangan ( sebenarnya aku malas) aku berhenti dari menulis blog ini....

bila buka blog ini kan aku rasa cam sesuatu nostalgia datang kembali...tak tau kenapa aku rasa camtu....hmm mungkin lepas ni aku akan cuba konsisten tuk tulis peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup aku..

aku sebenarnya malu nak share ngn orang lain ttg hidup aku...tapi disebabkan blog ini merupakan satu medium yang x memerlukan aku bersuara ( hanya tulis ikut suka ati) maka aku rasa better if aku luahkan segala masalah aku kat sini...terpulang la orang nak baca ke xnk kan...hehehe

kepada yang ada blog tu ...bleh la share2 ngn aku....cmne nk upgrade bagi baik punyer.....key setakat di sini

p/s : skang ni kan bulan pose, so aku nga tunggu waktu isyak ni....pastu g surau , terawih.....balik bilik semula...hehehe

Saturday, September 12, 2009

mq oh mqa...

hmmm klu nk ikutkan hati mmg malas nk fikir psl mqa nih

disebabkan nk dpt segulung ijazah...dia nk tgk kertas yg kita kene kumpul dr sem stu smpi skang
dimana kertas itu kita akn buang stu hri nnt

aku x ckp org len ...tp aku yg akn buat cmtu
ade temuduga yg kene jwb sokaln2 yg mencabar iq dan mental...jgn jd mcm sprm sudah le ye hehehehhehe

so aku kene gk la siapkan ....nsb la aku ad wat sket2 jd xla kelam kabut sgt
yg mne kurang tu mmg dh xleh nk wat pape la

berserah je la.....just go through in past by

Wednesday, September 9, 2009

kenapa kerajaan tetap mahukan math n sn dlm bi .....

Why Malaysian Government insists on using English for math and science?

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:-

Hardware = barangkeras

Software = baranglembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server = pelayan

Client = pelanggan


Try to translate this:

ENGLISH:

That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client.


Now in BAHASA:

Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan..


Now you know...WHY...lu pikirlah sendiri

alhamdulillah......

segala setiap kejadian itu ada hikmahnya

aku bersyukur sgt sebab dlm bulan pose ni semakin rmi kwn2 aku termasuk aku skali selalu berjemaah di balai islam....kekadang aku pun jrg pergi hehehehehe 

bz dgn esemen,,,...nk rehat......penat....kuliah.....esemen x topap......tugasan......ISL....dan bermacam2 lagi alasan duniawi yg aku jadikan modal supaya x pergi ke balai islam.......sesungguhnya besar fadilat apabila kita bersembahyang berjemaah ni......disamping buat amalan sunat...

aku harap selepas ramadhan ini aku akan terus istiqamah, lelebih ag ni ketika ini mudah kerana syaitan dirantai dan dibelenggu, selepas ramadhan lebih besar dugaan nya......hati yang tabah dan ikhlas kerana Allah merupakan perisai darpd makhluk LAknatullah itu......

SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA INSAN2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Sunday, September 6, 2009

SEHARI 24 JAM....AMBILLAH MASA KAWAN

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.