+€m@n !tu $@h@b@+

Wednesday, July 6, 2011

Hidup ini banyak cabaran

tentang apa yang aku hendak post kan hari ini ialah kesedaran aku untuk mengambil cabaran yang ada dalam dunia ini tidak terlalu mudah.....

bagaimanakah aku hendak menghadapi cabaran yang dialami sekarang?

perlukah kita bersikap hipokrit?

perlukah kita bersikap talam dua muka?

perlukah kita bermuka-muka?

masing2 ada periuk nasi masing2.....kita kena jaga periuk nasi kita supaya tiada siapa yang boleh mencampakkan pasir ke dalamnya?

sangat beratkan....tentunya bukan mudah.....

kita sebenarnya sendiri di dalam dunia ini.....bagi aku sahabat dan kawan itu hanya teman seketika.....hanya 1 percent sahaja dari realiti....99% kita berhadapan diri kita sendiri.....

pada aku apa yang terjadi ada sebabnya.......aku buat cara aku....aku jelas dengan prinsip aku.....supaya aku tidak mudah dipijak oleh orang lain.....

kadang-kadang hidup kita indah sangat.....kadang-kadang hidup kita teruk sangat....kedua-dua keadaan ini adalah nikmat dan hikmat pada diri kita sendiri.....

semuanya bergantung pada diri kita sendiri.....tiada siapa yang boleh mempengaruhi keputusan kita,.....aku lebih suka meminta pandangan dan cadangan .....baik buruk sesuatu itu.....bukan nya aku mengikut keputusan orang lain....

Sunday, July 3, 2011

Kenapa aku masih single?



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

ADAKAH KITA SEORANG YANG MATANG...???



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Wednesday, June 29, 2011

TAHNIAH KUMPULAN SRI PELANGI


kali pertama aku sebagai guru pengiring....mengiring kumpulan tarian sekolah.....walaupun tugasku sekadar menjaga keselamatan anak2 bukan nya sebagai kareografer tarian....

yang membanggakan aku ialah kumpulan kami telah berjaya mendapat tempat ke 3 seluruh negeri Johor selain memenangi susunan muzik terbaik.....wowww

tahniah sekali lagi anak2 sk pelangi


Sunday, February 13, 2011

Sebagai Guru Baru

hohohoho...jgn takut......tengok pun aku dah seram

Tugas aku di sekolah SK Taman Pelangi JB ialah mengajar dan mendidik. Di samping itu juga aku telah dilantik menjadi guru kelas bagi tahun 5. wahhh bile dengar jadi guru kelas ni aku dah rasa cuak je...yela guru keals ni bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak murid di kelas itu terjaga kebajikan, pening demam dia, ada masalah ke tak...tu semua kene tengok...kene check kehadiran hari2.....

Pengalaman aku yang pertama jadi guru kelas ni aku dah berdepan satu kes....ada sorang murid aku dh tak datang seminggu...bila aku refer pada guru kelas lama...dia ade citer tang masalah budak ini...tindakan yang aku cuba lakukan ialah aku rujuk masalah ni pada GPK HEM.....ye la aku kan cikgu baru....dulu mase belajar xde plak blajar cara menangani pelajar ponteng...so kene ikut kebijaksanaan cikgu untuk menyelesaikannya....HEM suh aku tipon ayh budak A tu....nasib baik pada register buku kehadiran ada no tipon budak tu....aku tipon beberapa kali x angkat....wahhhh!!! mmg masalah ini.....so aku tnggu hari isnin ni...lau dia x dtg jugak aku kene wat tindakan mandatori.....heheheh  PERGI TERJAH~~~~umah dia...


ye...terjah untuk suatu kepastian

 
Pengalaman kedua yang aku perolehi- aku jadi pembantu guru data sekarang...dlm pada masa yang sama..aku kene belajar hal2 yang berkaitan guru data skang...pada mulanya memang aku macam x suka la keje banyak2 nih...tapi aku amik itu sebagai motivasi...apa salahnya aku belajar sesuatu yang baru....ye la...sepanjang lima taun kt ipg xde plak aku belajar HOW TO  become guru data....how to add, subtract, multiply ngn divide ade r......so ilmu baru ini aku belajar dgn hati yang terbuka...hohohho banyak yang aku tanya pada cikgu2 nih. Apa yang ptt aku buat...apa yang perlu aku buka....macam2 la...bila aku fikir2 kan keje ini mungkin boleh mengisi masa aku dari terbuang begitu sahaja.....sangat manfaat beb~~

semoga aku success dalam setiap yang aku lakukan

 
 Pengalaman yang ketiga- aku kene mengajar menda yang paling aku tak minat......korang mesti biasa mendengar istilah....kadang2 kita dapat apa yang kita taknak...itu situasi aku skang.....tapi hidup kita kene positif kan....so aku terima itu sebgai cabaran aku....berjaya atau tak tu no dua...yang penting skang aku cuba wat yang terbaek...sehabes baik....cuba sedaya upaya aku.....seperti kata pepatah..untung sabut timbul...untung batu tenggelam.... 

Hope sangat2 bantuan dari guru di situ.....sebab perkara yang aku tak sukaa ialah mengajar English......mungkin sebab aku sendri tak minat english dari dulu......so this time i will improves myself so that i can prove it whether i can do or not.....chaiyolkkk


gambatttttttttttttteeeeeeeeeeeee..........

p/s: sebarang cadangan dan teguran kamu semua amat saya hargai....kita same2 share ilmu.sebab aku bukan seorang yang perfect 
-wahh aku ade idea nk post something la heheheh.....=)



Sunday, February 6, 2011

kenapa ek??

aku tau manusia ni di jadikan pelbagai ragam....sampai kadang2 aku tak paham....apa sebenarnya yang dia mau....

aku tau bukan semua kemahuan dia boleh aku penuhi....kerana aku ni bukan nya kaya sangat sampai nak beli harta satu semesta..tapi tu lah yang buat aku tak paham....jgn2 korang yang baca ni pun tak paham...aku lagi la x paham hahahahhahaa

walau apapun aku akan hadapi dengan sabar...lau x sabar bleh kene tempeling kang hahah garang nya aku.....xnk garang2..nnt org kata aku cm singa plak...ish ish ish~~~~

kenapa setiap yang berlaku tu kita tak tau kesudahannya? wahh soalan high level marketing aku bagi ni....hohoho
kadang2 kita dpat yang baik ...setiap yang kita rancang tu smooth je..mksd nye lancar je....
kadang2 plak kita dapat susah nak wat...ade je halangan ...ade je musibah....
org tua2 selalu pesan...ape yg berlaku tu ade hikmah nye....tapi kita tak tau hikmah ape kita dapat....?  Ya ALLAH besar sungguh nikmat yang ENGKAU berikan pada setiap hamba MU....
 dan Kadang2 kan...ALLAH gantikan ape yang kita x dapat tu dengan sesuatu yang lebih baik dan lebih elok kesudahannya....
apekah yang berlaku semasa kita x dapat ape yang kita nak pada waktu lepas??? adakah itu ujian? dugaan? cobaan.........

testing .....testing.....


aku nak tunjukkan contoh untuk diri aku sendiri.....
aku nak sesuatu tapi aku tak dapat...so aku kene kerja keras untuk mendapatkannya...mungkin aku tak dapat ape yang aku minta sebab itu bukan yang ditakdirkan untuk aku...aku kene percaya bahwa ade yang lebih baik untuk diri aku...tetapi untuk mendapatkan yang lebih baik...aku x boleh la stay at the same point...aku kene move to another point...mksd nya aku kene perbaiki diri aku.........untuk aku melayakkan mendapat yang lebih baik...begitu susah untuk berubah tapi itu bukan sesuatu yang mustahil....

hari ini hari terakhir..esok bermula hari baru....

melihat tajuk entry ni korang dah tau...kan kan ..sape yg tak tau ag..biar aku bagitau something.....

yep mmg hari ini 6 Februari 2011 merupakan hari terakhir aku bergelar penganggur, penternak anggur, perabih beras mak bapak, or ape2 yang sewaktu dengannya... kerana ape????

HAH............betul ke???? x cayerrrrr.........

hohoho benar....ini adalah perkara yang benar...tiada yang benar melainkan yang benar belaka.......
kerana....esok tanggal 7 Februari 2011 aku akan melaporkan diri di PPD Johor Bahru untuk bergelar PENDIDIK.....

 ini cikgu....weeee

dalam perkhidmatan untuk Tahun Pertama ini..aku akan dipostingkan di SK TAMAN PELANGI JB...alhamdulillah......

SK TAMAN PELANGI

so...aku sekarang ni macam feeling yang aku dapat rasa....rasa takut, gementar, seronok, teruja semualah...bercampur baur dalam hati aku skang.....

aku terasa gak di bahu aku tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia dan insan.....semoga ALLAH membimbing perjalanan aku dan semua guru-guru di seluruh dunia.....amin~~

aku harap semua berjalan lancar untuk permulaan ini.....walaupun macam2 yang berlaku pada diri aku tetapi yang lepas aku akan jadikan pengajaran...yang akan datang aku akan hadapi dengan tabah...insyaALLAH....

p/s: seronok nyer aku....hahahhhah 

Luahan hati ...

lagu ini menceritakan segalanya.........


pertama kali ku dengar suara mu..
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerana aku bersedia menyintaimu

akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
terhiris hati ini...terguris jiwa ini...
menangis tak berlagu...ohhhh...

biarpun ombak yang merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...

sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih......

p/s: aku mmg jiwang kan...so kita layan lagu jiwang....hahahhaa

Saturday, February 5, 2011

Maksud sebenar ialah...........


Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook

Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
arghhhh.........betul ker??


Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
pleassssssssssssssssssssssseeeeeeeeeeeee........
Harap Maklum.
dipetik dari : Carigold Forum

p/s: pada aku bila kita dah tau pasal ni...so sebarkanlah dan fikirkanlah status yg kita hendak letak....huhuhuh better letak in relationship with ALLAH je....